Saturday, November 23, 2013

Adakah anda seorang yang menepati masa?


Sekiranya anda diminta untuk mengira masa untuk 30 saat, apakah cara yang akan anda gunakan? 

1. Ikut firasat 
2. Jam tangan ataupun jam 
3. Jam detik 
4. Minta orang lain kira untuk anda 
5. Leceh! Tak nak kira. 

Analisis : 

1. Dalam soal percintaan, anda akan ikut firasat. Dengan sekali pandang saja, anda boleh tahu adakah orang itu yang anda impikan dan cari selama ini. Sekiranya anda tiada perasaan, tak kira si dia buat apa pun tidak akan dapat menambat hati anda. 

2. Anda seorang yang berfikiran rasional. Tak kira apa yang anda buat, anda akan mengikut prinsip anda dan peraturan yang telah ditetapkan. Begitu juga dalam soal percintaan. Keputusan yang dibuat berdasarkan analisis dan penilaian. 

3. Anda seorang yang sangat teliti dalam semua perkara. Apabila bercinta, anda akan bercinta dengan bersungguh - sungguh. Sekiranya anda tiada perasaan cinta lagi, anda akan berputus dengan pantas. Anda jenis yang tidak suka berlengah - lengah. 

4. Anda seorang yang pak turut dan tidak suka mengambil inisiatif sendiri. Prinsip anda ialah 'biasa itulah bahagia'. Asalkan kamu berdua tiada masalah, maka ia adalah pilihan yang terbaik. Jadi tidak perlu buat apa - apa perubahan lagi.

5. Anda adalah seorang yang tidak tahu dalam percintaan. Pendapat anda, terdapat banyak perkara lain yang perlu dibuat selain bercinta. Anda tidak ingin menghabiskan masa hanya untuk bercinta sahaja.

c & p

0 comments:

Post a Comment