Sunday, November 24, 2013

Kenali wanita melalui bibirnya


Bibir segar dan kemerahan

Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semula jadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Wanita ini manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan. Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan di bibirnya.

Bibir yang biru (pucat)

Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang, selalu bersifat cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan.

Bibir yang tipis

Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.


Bibir yang mungil

Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan mempersona. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang teguh lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan. Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.

Bibir yang tebal

Wanita berbibir tebal dikatakan sukakan kemesraan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan peribadi. Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburai lah segala rahsia orang yang dibencinya. Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap boros. Bersikap queen-control!

Bibir sentiasa terbuka

Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri.

c & p

0 comments:

Post a Comment