Friday, November 22, 2013

Tips komunikasi berkesan


Bahasa badan dan komunikasi

Semasa berkomunikasi dengan seseorang, bahasa badan menjadi aspek penting untuk menilai sejauh mana komunikasi yang berlaku berkesan ataupun tidak. Berikut merupakan tips - tips bahasa badan yang perlu diamalkan.

1. Jangan berdiri terlalu dekat
- Orang yang berdiri terlalu dekat menandakan bahawa dia sedang menyembunyikan sesuatu atau mempunyai maksud yang tertentu.

2. Jangan membongkok
- Membongkok menunjukkan anda tidak menunjukkan minat dalam komunikasi.

3. Santaikan Bahu
- Kendurkan ketegangan dengan menggerakkan bahu ke posisi belakang.

4. Mengangguk
- Mengangguk menandakan bahawa kamu sedang mendengarnya. Jangan sesekali menampakkan anggukan kamu itu seperti yang dibuat - buat.

5. Lakukan pandangan mata tapi bukan menatapnya
- Perbualan akan menjadi lebih baik dan kamu akan dapat melihat apakah mereka sedang mendengar atau tidak.

6. Senyum
- Jangan terlalu serius. Lakukan komunikasi dengan santai.

0 comments:

Post a Comment